TEKNOLOGI
Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technologia), dari
perkataan yahudi (techne) yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan (Hairudin
Harun, 2007:2). Dari segi dikaitkan dengan proses industri.
Kejuruteraan dari aspek bahasa dan istilah
Bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling
efisyen.
- Pembangunan teknologi kejuruteraan pembinaan telah menyumbangkan hasil
yang banyak kepada Malaysia. Ia telah mengharumkan nama Malaysia hingga ke
pelosok dunia. Hal ini kerana negara ini menggunakan aspek keilmuan Islam dalam
teknologi kejuruteraan pembinaan. Antara contoh pembinaan yang telah
mengharumkan nama Malaysia adalah Menara Berkembar Petronas .
Menara Berkembar Petronas
sepasang menara berkembar yang pernah
menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa
dan Taipei 101 . Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih
merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan
tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan
tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk
utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh
pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak
tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini
hampir disiapkan pada tahun 1996).


IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Setiap apa yang di lakukan ,pasti akan ada
kabaikan dan keburukan .Antara keburukan kegiatan industri pembinaan adalah
bertambahnya jumlah bahan buangan yang terjana akibat pertumbuhan dan kegiatan
industri yang tidak mempunyai pengurusan bahan binaan dan bahan buangan yang
sempurna. Sekiranya pengurusan ke atas bahan buangan/lebihan hasil dari
industri pembinaan ini tidak diuruskan dengan betul dan sempurna, ia akan
mencetuskan pelbagai masalah samada pencemaran tanah, air dan, udara,
kesihatan, banjir, kerosakan pada alam sekitar, hakisan tanah, lupusnya flora
dan fauna, kemusnahan pada nilai-nilai estetik dan sebagainya. Apabila negara
semakin maju ,tenaga buruh akan berkurangan dan akan menyebabkan ramai graduasi
akan menganggur .
Antara kebaikan kegiatan industri pembinaan pula
adalah ekonomi negara akan meningkat . Selain itu banyak penghasilan atau
rekaan yang baru akan dicipta dan diguna untuk kegunaan jangka masa panjang. Dalam
masa yang sama , banyak masalah boleh diatasi dengan teknologi yang kian
canggih . Industri negara juga akan maju dan dapat meluaskan empayar . Begitu
juga dengan peluang pekerjaan yang akan diberikan kepada para lepasan graduasi
. Hal ini akan mengurangkan kadar penganggur di negara kita.
IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN
DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBINAAN .
Sesebuah negara pasti inginkan kemajuan ekonomi yang pesat,tetapi kita tidak seharusnya mengabaikan etika terhadap penghasilan teknologi kejuruteraan .Hal ini kerana etika bertindak sebagai batasan kepada perkara-perkara yang boleh dilakukan
dan menghalang perkara yang tidak boleh dilakukan. Dalam makna kata yang lain, etika memastikan kita menghasilkan atau mengkaji sesuatu dengan mengikut hukum syarak.Antara kesan pengabaian etika terhadap penghasilan dan penggunaan teknologi kejuruteraan adalah :-
- wujudnya sistem rasuah @ riba
- tidak ada kesepakatan
- masyarakat akan berpecah-belah
- diri akan disisih dengan masyarakat
- alam sekitar akan rosak
ISU-ISU BERKAITAN TOPIK
PUNCA
MASALAH
Amalan pembinaan sekarang dalam pengurusan bahan
buangan hasil dari industri pembinaan sekarang adalah tidak dititikberatkan,
sistematik, berkesan dan praktikal. Adalah didapati banyak bahan buangan hasil
dari industri pembinaan seperti tanah lebihan, sisa hutan, lebihan konkrit dan
sebagainya dibuang ditepi-tepi jalan, kawasan rendah dan sebagainya. Hasil
pemerhatian yang dibuat oleh penulis dibeberapa kawasan tapak pembinaan,
perkara ini berlaku ialah berkemungkinan kerana kelemahan pengurusan terhadap
bahan buangan, tiada penguatkuasaan oleh pihak berkuasa, tiada peruntukan
undang-undang yang jelas dalam menjalankan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan,
tiada peruntukan yang khusus bagi pengurusan bahan buangan, tiada kesedaran
orang awam terhadap kebaikannya dan nilai terhadap persekitaran bersih adalah
rendah.
JALAN
PENYELESAIAN
Sistem pengurusan dalam amalan pembinaan seharusnya lebih dititiberatkan,efektif dan diberi perhatian. Bahan buangan tidak sesuai dibuang ditepi-tepi jalan kerana ini akan mengakibatkan kecederaan kepada orang lain. Pemerhatian yang kerap harus diberikan dan diambil rekod oleh pihak yang berkuasa. Para pekerja harus diberikan taklimat keselamatan dan kesihatan tentang tempat kerja.
RUMUSAN
Era globalisasi kini semakin maju , seharusnya kita menggunakan teknologi yang canggih ini dengan sebaik yang mungkin. Kita tidak sewajarnya menyalahgunakan ilmu sains ke arah yang tidak berfaedah. Hal ini kerana, impak yang kita lakukan akan menjejaskan generasi yang akan datang .
RUJUKAN
1.https://prezi.com/ue8nnji9bdnv/etika-dalam-penggunaan-teknologi-serta-kesan-pengabaian-terh/
No comments:
Post a Comment