IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI
Setiap apa yang dilakukan ,pasti akan ada kebaikkan dan keburukkan .Antara keburukan kegiatan industri pembinaan adalah bertambahnya jumlah bahan buangan yang terjana akibat pertumbuhan dan kegiatan industri yang tidak mempunyai pengurusan bahan binaan dan bahan buangan yang sempurna. Sekiranya pengurusan ke atas bahan buangan atau lebihan hasil dari industri pembinaan ini tidak diuruskan dengan betul dan sempurna, ia akan mencetuskan pelbagai masalah sama ada pencemaran tanah, air dan udara, kesihatan, banjir, kerosakan pada alam sekitar, hakisan tanah, lupusnya flora dan fauna, kemusnahan pada nilai-nilai estetik dan sebagainya. Apabila negara semakin maju ,tenaga buruh akan berkurangan dan akan menyebabkan ramai graduasi akan menganggur .
Antara kebaikan kegiatan industri pembinaan pula adalah ekonomi negara akan meningkat dari masa ke semasa . Hal ini demikian kerana Malaysia merupakan tumpuan utama dari seluruh pelosok dunia dalam sektor industri pembinaan. Selain itu, banyak penghasilan atau rekaan yang baru akan dicipta dan digunakan pada jangka masa panjang. Dalam pada masa yang sama , banyak masalah boleh diatasi dengan teknologi yang kian canggih pada era ini. Industri negara juga akan maju dan dapat meluaskan empayar ke seluruh pelosok dunia . Begitu juga dengan peluang pekerjaan yang akan diberikan kepada para lepasan graduasi yang semakin meningkat. Hal ini akan mengurangkan kadar penganggur di negara kita yang kian meningkat dan mengganggu fikiran lepasan graduasi.
No comments:
Post a Comment